Shila Amzah Bakal Timang Anak Kedua – Umum Hamil Hasil Perkahwinan Baru
Shila Amzah bakal menimang cahaya mata apabila disahkan hamil hasil perkahwinan dengan pempengaruh, Ubaidillah Zulkefli atau Ubai.
Menerusi perkongsian di Instagram Shila dan Ubai, pasangan itu memohon orang ramai mendoakan agar kehamilannya berjalan lancar.
Dalam perkongsian itu, penyanyi lagu Patah Seribu itu bagaimanapun tidak berkongsi usia kandungannya.
Dalam pada itu, Ubai menerusi perkongsian sama turut menyifatkan tahun 2024 membuka satu lembaran baharu buat diri mereka.
Dalam video yang dimuat naik, mereka sempat berkongsi reaksi spontan kenalan rapat dan ahli keluarga sebaik mengetahui perkara itu.
Lebih manis, mereka turut berkongsi video ketika melakukan ujian imbasan kehamilan kali kedua penyanyi itu, selepas melahirkan anak sulungnya, Seth Uwais, 5, hasil perkahwinan pertamanya.
Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos lalu di Boathouse Ampang, di sini.
Sebelum ini, anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai Februari 2022. – THE VOKAL