Melangkah kaki ke tahun 2024 dengan pelbagai misi penting dari aspek peribadi mahupun kerjaya, pelawak dan usahawan Shuib mengakui teruja dalam merealisasikan misinya.
Shuib berkata antara misi utamanya ialah melebarkan empayar sedia ada ke peringkat antarabangsa termasuk mengintai peluang ke Thailand, Singapura dan Brunei.
Dalam pada itu, biarpun tidak lagi bergelar penyampai radio, Shuib tidak melupakan bidang seni yang melonjakkan namanya dan mengambil keputusan untuk menerima tawaran bersesuaian jadual.
Difahamkan, Shuib juga sedang dalam perancangan untuk muncul dalam satu program televisyen tahun ini namun semuanya masih dalam peringkat perbincangan.
Bercerita mengenai Restoran House of Patin Melaka, restoran yang sudah dibuka selama sebulan ini menerima respons yang baik pengunjung.
Majlis perasmian Restoran House of Patin Melaka disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – THE VOKAL