Umur Ronaldo Sekadar Angka – Misi Memburu Penjaring Terbanyak Dunia Kali Kelima
Pemain bola sepak popular dunia Cristiano Ronaldo dalam misi memburu gelaran penjaring gol terbanyak dunia untuk kali kelima dalam kariernya.
Lebih menarik, bintang kacak Portugal itu masih gagah dan perkasa meskipun sudah berumur 38 tahun.
Ronaldo, ketika berjaya merampas kedudukan pendahulu penjaring terbanyak tahun 2023 dengan 53 gol setakat ini.
Ia hasil dua jaringannya ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Ittihad pada aksi Liga Pro Arau Saudi di Stadium Prince Abdullah Al-Faisal baru-baru ini
Penggempur Manchester City, Erling Haaland kini di tempat keempat dengan 50 gol, manakala Garbhan Coughlan yang mewakili kelab New Zealand, Cashmere Technical pada kedudukan kelima.
Sekiranya Ronaldo berjaya meledak gol menentang Al-Taawoun pada Ahad ini, ia bermakna bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu akan dinobatkan penjaring terbanyak dunia buat kali kelima dalam kariernya.
Sebagai rekod, Ronaldo pernah empat kali memenanginya bermula 2011 (60 gol), 2013 (69 gol), 2014 (61 gol) dan 2015 (57 gol), manakala Lionel Messi masih kekal memegang jumlah gol terbanyak dalam tempoh setahun iaitu 91 gol pada 2012. – THE VOKAL