“Saya Fikir Ini Satu-Satunya Jalan Keluar.” – Surat Lee Sun-kyun Sebelum Bunuh Diri
Sukar untuk menggambarkan gangguan emosi dan tekanan yang dihadapi mendiang pelakon Korea Selatan, Lee Sun-kyun hingga nekad mengambil nyawanya sendiri.
Melihat mesej dalam surat yang ditinggalkan buat isterinya sebelum dia ditemui mati, menggambarkan episod duka yang membelenggu diri aktor terbaik Anugerah Oscar itu.
Sun-kyun sempat meninggalkan sepucuk surat kepada isterinya sebelum menghilangkan diri dan ditemui sudah tidak bernyawa pada Rabu.
Pelakon Jeon Hye Jin mendedahkan isi kandungan surat itu menyebut Sun-kyun sudah tidak mampu menanggung beban selain menghabiskan nyawa adalah satu-satunya cara menyelesaikan semua masalah dihadapi.
Mendiang dipercayai merujuk kepada beban kewangan terpaksa ditanggung selepas semua iklan dan tawaran lakonan diterimanya dibatalkan susulan dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, Hye Jin memberitahu sebaik sahaja membaca surat tersebut, dia terus membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya kerana bimbang sesuatu akan berlaku kepadanya.
Polis turut menemui mayat pelakon filem Parasite itu di tempat duduk penumpang bersama briket arang dipercayai digunakan untuk menamatkan nyawa ya.
Sun Kyun dan Hye Jin mendirikan rumah tangga pada 23 Mei 2009 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 14 dan 12 tahun. – THE VOKAL