“Saya Memang Pilih Bulu…” – Jaja Ishak Utamakan Orang Pahang
Andai perlu membuat pilihan antara dua pelakon yang sama tahap bakatnya, kelebihan pasti akan berpihak kepada mereka yang berasal dari Pahang.
Itu hakikat dan realiti yang diakui penerbit Jaja Ishak mengenai kriteria pelakon dalam produksinya Jaja Ishak Channel.
Mengulas lanjut, Jaja berkata dia lebih selesa untuk membuka peluang kepada orang kampungnya kerana percaya itu antara cara terbaik menyumbang semula kepada masyarakat.
Jaja ditemui pada majlis Lepak dan Makan-Makan bersama Indigital Music dan FYP Media di ibu kota.
Tambahnya, lokasi pilihannya juga selalunya mebabitkan negeri Pahang sebagai satu usaha mempromosikan tempat kelahirannya itu.
Jaja berkata, dia bagaimanapun tidak menolak untuk bekerjasama dengan semua pelakon asalkan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Terbaharu, produksinya bakal menjalankan penggambaran drama bersiri berjudul Panggil Aku Dahlia iaitu percintaan mebabitkan pengusaha ladang teh.
Jaja berkata, pemilihan lokasi di Pahang juga dibuat bagi memudahkan dia dan wakil syarikat memantau perjalanan penggambaran.