
“Saya Vegetarian…” – Akui Pengacara Tak Pandai Siang Ikan
Bertebaran dan tular perihal pengacara yang tidak pandai menyiang ikan ketika siaran langsung sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Pengacara terbabit akhirnya membuka mulut berhubung hal itu dan rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya.

Empunya diri, pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran mengakui dia seorang vegetarian.
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.”

Bercerita lanjut, Sugeeta mengakui dia tahu ada kecaman selepas video segmen dikendalikannya itu tular namun tidak tertekan dan terlalu memikirkannya.
“Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG (Instagram) saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.

“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.
“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” katanya. – THE VOKAL