Dua Bersahabat Pegang Tangan Sebelum Jatuh Sungai – Satu Mayat Sudah Ditemukan
Seorang murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, Rantau Panjang.
Mangsa dikenali sebagai Siti Aisyah Mahzi yang ditemukan lemas, manakala rakannya, Nur Damia Qiasara Mohd Sabri, masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, jam 6.30 petang semalam.
Memetik laporan Harian Metro, seorang saksi, Natasha Qistina Mohd Fairul, 11 yang juga rakan baik kepada kedua-dua mangsa melihat sendiri bagaimana tragedi itu berlaku.
Kongsinya, dia sendiri terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum memanggil bapa Nur Damia, Mohd Sabri Mohd Noor, 33, untuk memberitahu mengenai kejadian.