“Perkahwinan Kami Berkembang Menjadi Persahabatan Seumur Hidup…” – Jovian Dan Nina Sah Cerai Sejak Ogos
Ada khabar yang bertiup mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini, namun ia berlalu begitu saja. Namun akhirnya pereka fesyen Jovian Mandagie mengumumkan dia sudah bercerai dengan Nina Ismail sejak Ogos lalu.
Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hal itu menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Dalam hantaran sama, Jovian turut berkongsi rasa syukur kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang menempuhi alam perkahwinannya bersama bekas isterinya itu sebelum masing-masing berpisah secara baik.
Pada masa sama, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya dalam laman sosial atas apa yang terjadi ke atas rumah tangganya.
Jovian dan Nina yang juga kakak kepada penyangi Dafi itu, berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun. – THE VOKAL