[V] “Sebagai Anak Saudara, Saya Tahu Kenapa” – Nabil Aqil Hormati Keputusan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana
CYBERJAYA – Pelakon Nabil Aqil memilih untuk menghormati keputusan keluarga Syafiq Kyle yang membatalkan majlis pernikahnnya dengan Mimi Lana.
Dia berkata, pihak keluarga percaya Syafiq yang juga bapa saudaranya mempunyai alasan tersendiri mengenai hal itu.
“Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi group WhatsApp keluarga dan kami semua terkejut.
Nabil yang sedang menjalani penggambaran drama Hawt Fellas bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca majlis berkenaan dibatalkan.
“Keluarga kami memang tidak bertanya walaupun terkejut sebab tarikh sepatutnya iaitu 18 haribulan ini sudah dekat,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada lokasi penggambaran drama itu di DXN Cyberville di sini hari ini.
Ditanya mengenai Mimi, Nabil berkata wanita itu disifatkan seorang yang menyenangkan.
Notis pembatalan majlis itu yang dibuat oleh pengurusan Mimi hanya diketahui setelah ia tersebar di media sosial Jumaat lalu. – THE VOKAL