Tidak Jumpa ‘Pintu Depan’ Punca aktor Lakukan Seks Luar Tabii, Mahu Cuba Sesuatu Berbeza Dengan Isteri
KUALA LUMPUR – Aktor yang terkenal dengan aksi lasaknya, Rizal Djibran akui mengamalkan seks luar tabii dengan isterinya, Maesarah Nurzaka setiap kali mereka bersama.
Memetik kenyataan peguam, Rizal, 46, melakukan perbuatan tersebut atas persetujuan bersama dengan Maesarah memandangkan isterinya itu ada penyakit kelamin.
“Bagaimanapun, demi menjaga keharmonian rumah tangga, Rizal dan Sarah sama-sama bersetuju untuk mencuba sesuatu yang berbeza.
“Pintu kelaminnya tidak boleh terbuka akibat jangkitan tersebut, maka doktor nasihatkan mereka supaya ‘berpuasa’ selama enam bulan hingga setahun,” jelas peguam itu.
Malah tambahnya, inisiatif ‘luar biasa’ itu adalah atas cadangan Sarah sendiri kerana rasa kasih sayangnya terhadap Rizal.
Kisah rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas Sarah membuat laporan polis pada Februari lalu atas dakwaan menjadi mangsa keganasan suaminya. – THE VOKAL
Sumber: JAWA POS