Gara-gara Emas, Azad Jasmin Akui Bermasam Muka Dengan Eira Syazira – “Dia Tak Nak Saya Jadi Mangsa”
PETALING JAYA – Artis serba boleh Azad Jasmin mengakui pernah bermasam muka dengan isterinya, Eira Syazira hanya kerana mahu membeli dan melabur emas.
Dia berkata, ketika menyampaikan hasrat itu kepada Eira, isterinya tidak bersetuju kerana bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau scammer.
“Saya cuba yakinkan dia dan Alhamdulillah bila dia nampak saya bawa balik emas itu dalam bentuk fizikal dia mula senyum,” katanya pada majlis menandatangi perjanjian persahaman (MoU) Quantum Metal (QM) Sdn Bhd dan Semboyan Malaysia di sini.
Azad berkata, tujuan dia membuat keputusan melabur emas sebagai tujuan simpanan untuk masa depan bagi dirinya dan keluarga.
Namun dia mengaku, mengambil iktibar dengan kesilapan lalu dan membuat pemeriksaan mengenai pelaburan yang diceburi ketika ini.
Dia yang juga rakan artis bagi QM berkata, sebelum bersetuju beberapa langkah turut diambil termasuk berjumpa dengan pihak Semboyan Malaysia.
“Saya jumpa sendiri dengan Pengerusinya, Yusof Azmi maklumlah Semboyan satu badan yang banyak membantu kes mengenai penipuan dan scammer termasuk pelaburan emas.
“Jadi saya jumpa untuk bertanya mengenai syarikat QM ini dan kami turun serta berjumpa dengan pengasanya sendiri Datuk Lim Khong Soon.
Azad berkata, mereka yang berminat perlu menggunakan saluran yang betul dan mendapat maklumat tepat agar tidak tertipu.
Lantaran itu, dia berkata usaha Semboyan mengadakan kerjasama dengan QM satu langkah yang baik dalam memberikan saluran betul kepada orang ramai untuk melabur emas.
“Kita faham ramai yang cari alternatif untuk menjana pendapatan malah ramai yang janji bulan bintang tapi pastikan ia realistik.
Azad turut berkongsi berita gembira dia sudah memperbaharui kontrak sebagai penyampai radio ERA FM.
Tambahnya, dia memilih untuk memberikan fokus kepada bidang radio dan pelaburan pada masa ini dan meletakkan lakonan ke tepi.
“Selain di radio selama lebih kurang setengah hari, saya juga bapa kepada tiga anak dara yang memang rapat dengan saya. Jadi saya perlu beri tumpuan kepada mereka.
Terdahulu, satu majlis Mou diadakan antara QM iaitu syarikat pengimport dan pembekal emas dengan Semboyan Malaysia bertujuan menyediakan solusi kepada hal berkaitan pelaburan emas yang sah. – THE VOKAL