“Siapa Kata Ayah Saya Yang Akan Tanggung?” – Masya Masyitah Akhirnya Jawab Isu Buka Tudung
KUALA LUMPUR – Penyanyi Masya Masyitah tampil menjawab isu keputusannya yang memilih untuk tidak lagi memakai hijab.
Menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya, dia berharap orang ramai tidak menunding jari dan menyalahkan kedua ibu bapanya susulan keputusannya itu.
Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkata keputusan untuk tidak lagi berhijab adalah pilihannya sendiri dan tidak disuruh oleh mana-mana pihak.
“Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak dan jangan salahkan mak ayah saya.
Dalam pada itu, Masya turut berkata dirinya kini sudah tidak mahu lagi terlibat aktif dalam industri hiburan ini.
“Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja,” jawabnya.
Malah, pelantun lagu Halimunan itu juga memaklumkan dia sering sahaja menerima pelbagai tawaran tetapi menolak kerana mahu berehat.
Terdahulu, keputusan penyanyi Masya Masyitah yang memilih untuk tidak lagi berhijab telah mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto yang tidak mengenakan hijab di Instagram miliknya. – THE VOKAL