[V] Alif Hadi Dan Yasmin Bersyukur Ramai Penaja Mahu Berkolaborasi Dengan Majlis Perkahwinan Mereka
Pasangan selebriti, Yasmin Hani dan Alif Hadi memaklumkan ingin mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun belum mepunyai tarikh.
Menurut Yasmin dan Alif, mereka kini giat membuat persiapan untuk berkeluarga semula kerana mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan masa depan.
Dalam pada itu, pasangan sama cantik sama padan ini juga tak sabar untuk menerima kehadiran cahaya mata kelak.
“Masih membuat persiapan dan banyak lagi perbincangan, banyak lagi yang ingin dipersediakan serta ingin mengetahui dan mengenali dengan lebih dalam lagi bukan dengan Yasmin sahaja tapi dengan anak-anak.
“Bukan ingin bernikah saja tapi kehidupan selepas itu juga penting. Kalau boleh secepat mungkin sebab ia perkara baik dan tak mahu tunggu lama,” kata Yasmin dan Alif ketika ditemui baru-baru ini.
Biarpun belum mempunyai tarikh untuk disatukan, Yasmin mendedahkan terdapat beberapa pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka.
videoSehubungan dengan itu, Yasmin akui sedikit berasa gerun melihat reaksi tersebut sebaliknya mahu mereka diraikan dalam majlis yang sederhana sahaja.
“Kalau boleh kami nak buat majlis biasa-biasa saja kerana ini bukan kali pertama, cukup sekadar ambil gambar kahwin yang cantik, dihadiri keluarga dan kawan rapat sahaja.
“Kami tak ada tarikh lagi tapi ramai yang tawarkan untuk beri tajaan kepada kami sampai ada jurusolek artis terkemuka dah bagi nama untuk taja sedangkan belum ada tarikh nikah lagi.
Terdahulu, Alif memaklumkan dia enggan terburu-buru dalam meneruskan hubungan bersama Yasmin ke fasa seterusnya sebaliknya mahu mengambil hati Noah dan Eissa dahulu.
Untuk rekod, Yasmin Hani pernah menikah bersama Shahrin Razali pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7. – THE VOKAL