“Inilah Diri Saya Yang Sebenar” – Alya Iman Akui Komited Tidak Bertudung, Suka Dilabelkan Seksi
KUALA LUMPUR – Aktres baharu, Alya Iman sedar dirinya akan dikecam apabila tampil seksi setelah membuat keputusan membuka tudung pada awal Aidilfitri lalu.
Alya yang merupakan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu bagaimanapun memilih untuk menetapkan pendirian.
“Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikecam,” katanya ketika ditemui ketika menghadiri sidang media Anugerah Telenovela di ibu negara baru-baru ini.
Pada masa sama, Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 22, berharap agar khalayak dapat menerima penampilan terkininya itu.
“Saya fikir inilah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang lain dapat menerima perubahan ini dengan positif,” katanya kepada selepas majlis tersebut.
Ditanya sama ada Alya memberikan tumpuan kepada komen dalam media sosial, dia akui tetap membaca walaupun sudah dilarang.
Dalam majlis sidang akhbar itu, aktres filem Tujuh Minggu Sebelum Kahwin itu tampil menggayakan gaun hitam tanpa lengan dengan ditemani abangnya. – THE VOKAL