Dibarisi Ramai Pelakon Handalan, Nora Danish Teruja Duduk Sebulan Di Indonesia Bintangi Filem The Parcel
KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish mengakui teruja apabila berpeluang berlakon dalam filem seram The Parcel dari Indonesia yang mula menjadi bualan di negara itu.
Nora berkata, dia seronok dan tidak terasa sebulan berlalu dengan begitu pantas sepanjang tempoh penggambaran yang membabitkan dirinya di negara jiran itu.
“Bersyukur di beri rezeki untuk meluaskan pengalaman bekerja di Indonesia dan paling berharga ialah apabila saya dapat berlakon dengan nama besar di sana.
Filem itu membariskan pelakon Indonesia Atiqah Hasiholan, Putri Ayudya, Baim Wong, Laudya Cynthia Bella, Whani Dharmawan, Aditya Lakon, Achi Breyvi, dan Reza Maulana.
Selain Nora yang popular menerusi drama bersiri Puteri, bakat baru Amir Ahnaf turut memegang watak penting dalam filem seram berkenaan.
Mengulas mengenai Amir, Nora berpendapat pemenang Bakat Baharu Popular ABPBH35 itu berpeluang cerah untuk mengembangkan kerjayanya ke peringkat luar.
“Dengan peluang ini senang untuk dia melebarkan sayapnya di Indonesia kerana dia ada visi dan berusaha untuk berikan yg terbaik dalam setiap naskah yang diberikan.
“Sebagai senior, saya bangga dapat lihat anak muda, diberikan peluang untuk berkerja di sini, bukan calang-calang sebab berlakon dengan pelakon Indonesia yg cukup berpengalaman,” katanya.
Nora sebelum ini juga pernah berlakon di Indonesia antaranya Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Bukan Cinta Malaikat, Warkop DKI Reborn dan Sepenggal Puisi. – THE VOKAL