Sleepyllama Wanita Melayu Pertama Jadi Model Baju Dalam Victoria Secret – “Ini Satu Penghormatan…”
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini nama pelakon dan model Nia Atasha menjadi bualan ramai selepas dia mengumumkan projek terbaharu bersama jenama pakaian dalam terkenal antarabangsa, Victoria Secret.
Nia telah dipilih untuk menjadi wajah kempen baharu jenama tersebut yang meraikan keberanian dan menyerlahkan keberanian wanita.
Nia atau lebih dikenali sebagai Sleepyllama itu turut bergandingan dengan peserta Miss Universe 2018, Jane Teoh dan pelakon Thailand, Janie untuk memperagakan koleksi T-Shirt Bra buat julung kalinya di Asia.
Memetik video temu bualnya, Nia menyatakan bahawa menjadi wajah untuk Victoria Secret merupakan impiannya sejak mula berkecimpung dalam bidang peragaan.
Bekas kekasih Qi Razali itu turut menganggap dirinya bertuah kerana telah terpilih.
“It is an honour honestly like this is a big opportunity and I always had a dream since started modeling to be the face of or maybe campaign for Victoria Secret and I’m happy,” katanya.
Pemilihan Nia ini sekaligus menjadikan dia model melayu pertama Malaysia yang diangkat sebagai wajah Victoria Secret.
Untuk makluman,sebelum ini Nia juga pernah menjadi model untuk jenama besar lain seperti Calvin Klein, Louis Vuitton, Dior dan banyak lagi. – THE VOKAL