2023 Tahun Paling Panas – Hampir Lepasi Ambang Kritikal
Hampir melepasi ambang kritikal! Demikian status peningkatan suhu permukaan bumi yang menjadikan tahun 2023 ialah yang paling panas dalam sejarah.
Menurut pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) tahun lalu menjadi tahun paling panas dengan peningkatan suhu permukaan Bumi hampir melepasi ambang kritikal 1.5 darjah celsius.
Perubahan iklim memperhebat gelombang haba, kemarau dan kebakaran hutan di seluruh planet, dan termometer global merekodkan peningkatan 1.48 Celsius di atas penanda aras praindustri, lapor Perkhidmatan Perubahan Iklim (C3S), Copernicus.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, 2023 hanyalah ‘pratonton masa depan’ terhadap malapetaka yang menanti kita jika tidak bertindak sekarang, menurut jurucakapnya.
Hampir separuh tahun 2023 melebihi had 1.5 darjah Celsius, melebihi kesan iklim yang mana lebih berkemungkinan menjadi malapetaka, menurut saintis.
Tahun 2023 menyaksikan kebakaran besar di Kanada, kemarau yang melampau di Tanduk Afrika ( Horn of Africa) atau Timur Tengah, gelombang panas musim panas yang belum pernah berlaku sebelum ini di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan China, bersama-sama dengan rekod musim sejuk yang paling panas di Australia dan Amerika Selatan.
Penemuan Copernicus adalah sebulan selepas perjanjian iklim dicapai di COP28 di Dubai yang menyeru peralihan beransur-ansur daripada bahan api fosil, punca utama pemanasan iklim.